In Artwork

Degree VS Diploma





Assalamualaikum dan hai semua!

Dah lama sangat aku tak update blog ni. Dah berhabuk bersawang dan dah tak ada reader. Haha! Tak apa lah, aku menulis pun saja-saja je. Post sebelum ni pada bulan januari yang lepas. hahaha berbulan-bulan dah tinggal. 

Semenjak dah degree ni aku busy semacam. Perjalanan hidup waktu degree ni pun dah lain sangat dengan diploma. Classmate sendiri pun aku dah tak kenal melainkan satu group assignment ataupun memang dah kenal sejak diploma dulu. Huhu! For sure, I miss my diploma life and friends. Kalau waktu diploma dulu, hari-hari aku tunggang-terbalik bila dah sem last (projek diploma), tetapi degree ni aku dah rasa pressure tu waktu tahun 1 lagi. Belum lagi bila dapat satu rumah dengan pelajar fakulti pendidikan (cikgu). Hahh, diorang punya kurang assignment tu heaven gila. Memang melambangkan 1st year sangat. Sampai diorang cakap kalau stay up je mesti budak civil engineering, yang buat benda pelik-pelik (design tong sampah sebesar alam) je mesti budak civil. Fyi, dalam rumah tu ada 2 orang je yang amik civil engineering, aku dan sorang lagi roommate.

Belum masuk lagi dengan tidur atas kerusi luar seminggu. Dah jadi perkara biasa. Hahaha, mungkin aku culture shock waktu 1st year ni. Minta-minta sem akan datang aku dapat membiasakan diri dengan kehidupan aku sebagai seorang pelajar degree. InsyaAllah :)

Disebabkan 1st year aku dah tunggang langgang, jadi waktu cuti sem ni aku menghabiskan masa dengan buat benda yang aku suka, melukis, tidur, makan, baca buku, dan marathon movie/drama dan sebagainya. Haha! Aku memang bersungguh menghabiskan masa dengan buat benda yang aku suka. Buku macam-macam dah dibaca, Harry Potter dari Harry Potter and the Sorcerer Stone sampailah ke Harry Potter and the Deathly Hallow, dan juga buku-buku lain yang ada kat rak buku di bilik aku.

Sepanjang 1st year haritu, aku tak dapat nak melukis langsung walaupun aku pernah cakap yang cara aku kurangkan stress adalah dengan melukis. Jadi aku memilih cara lain untuk kurangkan stress pada waktu itu. Dan sekarang, bila dah cuti ni memang macam-macam aku lukis, dan semestinya aku lukis bangunan, rumah dan zentangle (boleh google kalau nak tahu). Prinsip aku kali ni aku nak lukis puas-puas, kalau naik cuti dah tak dapat nak buat apa yang aku suka, tak rasa terkilan sangat kan?  Tapi naik sem ni nanti aku ada subjek Engineering Drawing and Autocad. So, dapat lah juga melukis. Hahaha...

Ramai yang cakap kenapa aku tak pernah nak terima request orang untuk lukiskan something. Jawapan aku adalah aku bukanlah melukis secara professional, aku buat secara suka-suka dan idea datang tiba-tiba. Kalau orang minta, aku kena brainstorming dan biasanya kalau aku melukis secara paksa mesti tak jadi. Ada juga yang tanya kenapa aku tak jual lukisan aku? Hmm, yang ni sebab kalau nak jual aku rasa lukisan aku tak perfect dengan garisan menggigil dan terconteng sana sini. So, biasanya aku bagi kepada insan-insan yang terpilih. Haha! Kalau nak juga beli, hahh, aku tak letak harga pun. Biar pembeli yang menilai sendiri harga lukisan tu. Tapi so far, aku tak pernah lah buat yang ni.


Hahh, siapa perasan? ni Masjid Muar. Kalau tak pernah nampak real life pergilah google. Ni aku lukis beberapa minggu lepas sebelum tidur. Hahaha, itu yang garisan menggigil semacam. Tak guna pembaris pun. 

P/s Kalau ada masa nanti aku update lagi ya! Sekarang aku tengah melukis masjid Al-Aqsa. Tak tahu bila siap.

Wasalam,

Related Articles

3 comments:

  1. Peminat Harry Potter ke? Geng lah. Btw, no need to thank me for this, but your drawing is nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. harry potter jugak yang best.. hehe

      Delete
  2. hi follow here. Cantik lukisan!

    ReplyDelete

Followers